Rabu, 13 Julai 2011

Pandangan Al - syafi'i tentang melafazkan Niat

Al-Syafi’i rahimahullah memang terkenal sebagai seorang imam yang teguh dalam berpegang kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh sebab itu beliau telah diberi gelaran al-Nashir al-Sunnah (pembela sunnah). Ahmad bin Hanbal rahimahullah yang juga anak murid al-Syafi’i pernah berkata: “Sungguh al-Syafi`irahimahullah adalah seorang pembela sunnah.” Menurut Ahmad lagi: “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih mengikut sunnah seperti al-Syafi`i rahimahullah.” Ahmad seterusnya berkata: “Di antara kesungguhan al-Syafi`i rahimahullah yang terpuji adalah apabila dia mendengar hadis yang belum ada padanya, maka dia mengambilnya dan meninggalkan pendapatnya.”[1]
Dengan semangat beliau yang tinggi dalam mencontohi Rasulullahshalallahu 'alaihi wasallam maka tidak aneh sekiranya pandangan beliau tentang apa yang perlu diucapkan ketika hendak memulai solat adalah selari dengan sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata al-Syafi’i rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm: “Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dengan takbir itu sendiri dantakbirnya ialah Allahu Akbar.”[2] Menurut Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli: “Adapun orang yang berkata sunat berlafaz (niat) sebelum takbir, maka perkataannya menyalahi perkataan al-Syafi’i sendiri.”[3]
Kekeliruan Tentang Pendapat Imam Al-Syafi’i Mewajibkan Lafaz Niat
Pendapat bahawa al-Syafi’i rahimahullah telah mewajibkan melafaz niat sebelum solat berpunca dari kekeliruan Abu Abdulah al-Zubairirahimahullah (seorang tokoh bermazhab Syafi’i) dalam memahami kata-kata al-Syafi’i yang berbunyi: “Jika kamu berniat untuk haji dan umrah dianggap memadai sekalipun tidak dilafazkan, tidak seperti solat, tidak dianggap sah kecuali dengan al-Nuthq.” Bagi al-Zubairi al-Nuthq di sini bermaksud dilafazkan niat. Namun begitu maksud al-Nuthq yang sebenar adalah takbiratul ihram iaitu solat itu dimulakan dengan melafazkan takbir. Menurut al-Nawawirahimahulah:
Berkata para sahabat kami: “Telah berlaku kekeliruan oleh orang yang menyatakannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh al-Syafi’i dengan kata al-Nuthq di dalam solat. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan al-Nuthq oleh beliau (al-Syafi’i) adalah takbir.”[4]
Ibn Abi al-‘Izz rahimahullah pula berkata:
Tidak ada seorang ulama’ pun dari imam empat, tidak al-Syafi’i mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati. Hanya sahaja sebahagian ulama’ kebelakangan mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam solat. Dan pendapat ini digolongkan sebagai mazhab al-Syafi’i. Al-Nawawi rahimahullahberkata: “Itu tidak benar.[5]
Rujukan:
[10]  Dinukil daripada kitab Manhaj Aqidah Asy-Syafi’i Rahimahullah Ta’ala oleh Muhammad A.W. al-‘Aqil (edisi terjemahan oleh H. Nabhani Idris, Pustaka asy-Syafi’i, Bogor, 2002), ms. 80.
[11]  al-Syafi’i, al-Umm (Kitab Induk) (edisi terjemahan oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1989), jld.1, ms. 241.
[12]  Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli, Persoalan Yang Berkehendak Kepada Melaksanakan Untuk Mengatasi dan Mengubah Adat-Adat Yang Berlaku Dalam Masyarakat Dengan Sangkaan Ibadat, (Makkah al-Mukarramah 1423H), ms. 16.
[13] Dinukil daripada kitab Abu Ubaidah Mashur bin Hasan bin Mahmud bin Salaman, Koreksi Total Ritual Shalat (edisi terjemahan oleh W. Djunaeidi S, Pustaka Azzam, Jakarta, 2001) ms. 100.
[14] Dinukil daripada Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 100.

Pengertian Solat / keutamaan Solat

Pengertian Solat
Secara etimologi, solat bererti doa seperti difirmankan Allah :
“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan Berdoalah untuk mereka. Kerana sesunggunya doa kalian itu menjadikan ketentraman bagi jiwa mereka”. ( At-Taubah : 103).
Sedangkan menurut syara’ solat adalah menyembah Allah Ta’ala dengan beberapa perkataan dan perbuatan yang diawali dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, dan wajib melakukannya pada waktu-waktu yang telah ditentukan. Rasulullah SAW bersabda : “Islam ditegakkan dia atas lima dasar, syahadah (menyaksikan) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan haji ke Baitullah bagi yang mampu menunaikannya.” (HR. Bukhari ).
Keutamaan Solat
Sesungguhnya Solat yang diperintahkan Allah Ta’ala memiliki banyak sekali keutamaan, diantaranya adalah :
1. Solat merupakan sarana khusus pertemuan hamba dengan Sang Khaliq.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, Tidak ada Tuhan (yang haq) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah untuk mengingatku”. (Thaahaa : 14).
Sabda Rasulullah SAW : “ Solat adalah mi’rajnya seorang mukmin”(al-Hadits)
2. Solat menjadi sarana pencarian atas problem kehidupan. Firman  Allah SWT :
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah solat dan sabar sebagaipenolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah : 153)
3. Membina Kedisiplinan
Firman Allah :
“Sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya bagi orang-orang beriman.” (An Nisa : 103)
4. Menjaga Kebersihan dan Kesihatan
Rasulullah SAW bersabda : “Perumpamaan solat lima waktu seperti sebuah sungai dekat pintu rumah seseorang yang airnya mengalir dan melimpah, dan ia mandi di sungai itu lima kali setiap harinya, maka tidaklah kamu melihat lagi kotorannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
5. Mendapat Keunggulan Mental
Firman Allah SWT :
“ (Iaitu) Orang – orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” ( Ar Ra’d : 28)
6. Mempermudah Rezeki Berkat
Firman Allah SWT :
“… Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan jalan keluar, dan memberi rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” ( Ath-Thalaq :2-3).
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman : “Wahai Anak Adam ! Beribadahlah sepenuhnya kepadaKu, nescaya Aku penuhi (hatimu yang ada ) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi kebutuhanmu. Jika tidak kalian lakukan, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi kebutuhanmu.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim).
7. Bukti Rasa Syukur
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.” (Al Kautsar : 1-3).
Sabda Rasulullah SAW : “Dari Aisyah ra, ia berkata, “Sesungguhnya Nabi SAW selalu bangun untuk mengerjakan solat malam hingga kedua kakinya bengkak.” Aisyah ra bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau berbuat demikian sedangkan Allah telah mengampuni semua dosamu, baik yang telah lampau mahupun yang akan datang ?” Beliau menjawab, “Apakah tidak sepantasnya jika aku menjadi seorang hamba yang selalu bersyukur ?”(HR.Bukhari dan Muslim).

PENGERTIAN SOLAT


Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman:“ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”
Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”