Rabu, 13 Julai 2011

Pandangan Al - syafi'i tentang melafazkan Niat

Al-Syafi’i rahimahullah memang terkenal sebagai seorang imam yang teguh dalam berpegang kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh sebab itu beliau telah diberi gelaran al-Nashir al-Sunnah (pembela sunnah). Ahmad bin Hanbal rahimahullah yang juga anak murid al-Syafi’i pernah berkata: “Sungguh al-Syafi`irahimahullah adalah seorang pembela sunnah.” Menurut Ahmad lagi: “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih mengikut sunnah seperti al-Syafi`i rahimahullah.” Ahmad seterusnya berkata: “Di antara kesungguhan al-Syafi`i rahimahullah yang terpuji adalah apabila dia mendengar hadis yang belum ada padanya, maka dia mengambilnya dan meninggalkan pendapatnya.”[1]
Dengan semangat beliau yang tinggi dalam mencontohi Rasulullahshalallahu 'alaihi wasallam maka tidak aneh sekiranya pandangan beliau tentang apa yang perlu diucapkan ketika hendak memulai solat adalah selari dengan sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata al-Syafi’i rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm: “Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dengan takbir itu sendiri dantakbirnya ialah Allahu Akbar.”[2] Menurut Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli: “Adapun orang yang berkata sunat berlafaz (niat) sebelum takbir, maka perkataannya menyalahi perkataan al-Syafi’i sendiri.”[3]
Kekeliruan Tentang Pendapat Imam Al-Syafi’i Mewajibkan Lafaz Niat
Pendapat bahawa al-Syafi’i rahimahullah telah mewajibkan melafaz niat sebelum solat berpunca dari kekeliruan Abu Abdulah al-Zubairirahimahullah (seorang tokoh bermazhab Syafi’i) dalam memahami kata-kata al-Syafi’i yang berbunyi: “Jika kamu berniat untuk haji dan umrah dianggap memadai sekalipun tidak dilafazkan, tidak seperti solat, tidak dianggap sah kecuali dengan al-Nuthq.” Bagi al-Zubairi al-Nuthq di sini bermaksud dilafazkan niat. Namun begitu maksud al-Nuthq yang sebenar adalah takbiratul ihram iaitu solat itu dimulakan dengan melafazkan takbir. Menurut al-Nawawirahimahulah:
Berkata para sahabat kami: “Telah berlaku kekeliruan oleh orang yang menyatakannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh al-Syafi’i dengan kata al-Nuthq di dalam solat. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan al-Nuthq oleh beliau (al-Syafi’i) adalah takbir.”[4]
Ibn Abi al-‘Izz rahimahullah pula berkata:
Tidak ada seorang ulama’ pun dari imam empat, tidak al-Syafi’i mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati. Hanya sahaja sebahagian ulama’ kebelakangan mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam solat. Dan pendapat ini digolongkan sebagai mazhab al-Syafi’i. Al-Nawawi rahimahullahberkata: “Itu tidak benar.[5]
Rujukan:
[10]  Dinukil daripada kitab Manhaj Aqidah Asy-Syafi’i Rahimahullah Ta’ala oleh Muhammad A.W. al-‘Aqil (edisi terjemahan oleh H. Nabhani Idris, Pustaka asy-Syafi’i, Bogor, 2002), ms. 80.
[11]  al-Syafi’i, al-Umm (Kitab Induk) (edisi terjemahan oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1989), jld.1, ms. 241.
[12]  Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli, Persoalan Yang Berkehendak Kepada Melaksanakan Untuk Mengatasi dan Mengubah Adat-Adat Yang Berlaku Dalam Masyarakat Dengan Sangkaan Ibadat, (Makkah al-Mukarramah 1423H), ms. 16.
[13] Dinukil daripada kitab Abu Ubaidah Mashur bin Hasan bin Mahmud bin Salaman, Koreksi Total Ritual Shalat (edisi terjemahan oleh W. Djunaeidi S, Pustaka Azzam, Jakarta, 2001) ms. 100.
[14] Dinukil daripada Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan