Jumaat, 1 Julai 2011

TIDAK MASUK SYURGA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM

Pengertian Silaturrahim
Perkataan shillah dari segi bahasa bererti gabung atau kumpuldan
makna rahmi pula ialah kaum kerabat yang dekat.
Dari segi istilah pula silaturrahim ialah berlaku ihsan kepada kaum
kerabat sama ada daripada pihak si penghubung dan yang
dihubungkan. Abu Hurairah  Radhiallahu ‘anhu telahpun meriwayatkan sebuah
hadis qudsi, bahawa Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
bersabda:



Maksudnya:  “Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk
sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah
Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung
dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya,
Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang
menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan
memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas
kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman:
“Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang
yang menyambungkan rahim dan  memutuskan rahim orang yang
memutuskan rahim).”
(Hadits riwayat Muslim)
Berkata Imam an-Nawawi bahawa menurut ulama hakikat shillah
itu ialah kemesraan dan belas kasihan. Manakala hubungan
silaturrahim Allah  Subhanahu wa Ta‘ala kepada hambahambaNya ialah dengan melimpahkan kemesraan dan belas
kasihanNya kepada hambaNya dengan ihsan dan nikmat atau
dengan melapangkan dada-dada hambaNya kerana ta‘at
kepadaNya. Kaum kerabat yang wajib dieratkan ikatan silaturrahim itu
termasuklah kerabat mahram dan yang bukan mahram.
Dalam Kitab az-Zawajir karangan Ibnu Hajar al-Haitami
Rahimahullahu Ta‘ala ada menyebutkan bahawa kaum kerabat itu
terbahagi kepada dua iaitu kaum kerabat mahram dan yang bukan
mahram:
1. Kaum kerabat mahram ialah saudara yang haram bernikah
dengannya seperti bapa, ibu,  adik beradik lelaki dan
perempuan dan anak-anak mereka, bapa saudara dan emak
saudara sebelah bapa dan emak.
2. Kaum kerabat dari bukan mahram ialah saudara yang halal
bernikah dengannya seperti anak bapa saudara dan emak
saudara sebelah bapa dan anak-anak mereka, anak bapa dan
emak saudara sebelah emak dan anak-anak mereka.
Hikmat pensyariatan silaturrahim
Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan
umur sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu
‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan
dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan
kekeluargaan (silaturrahim).”
(Hadits riwayat Muslim)
Begitu juga bersilaturrahim  itu boleh menambahkan kehormatan
dan pahala selepas kematiannya kerana orang-orang akan
mendoakannya setiap kali disebut kebaikannya. Hukum mengeratkan silaturrahim
Tidak ada perselisihan ulama bahawa mengeratkan silaturrahim
sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah
Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat di bawah ini:



Tafsirnya:  “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-nyebut  namaNya, serta peliharalah
hubungan (silaturrahim) kaum  kerabat; kerana sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
(Surah an-Nisaa’: Ayat 1)
Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan
rasa keimanan kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam hadis
Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda:

Maksudnya:  “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari
Akhirat maka hendaklah dia  mengeratkan kekeluargaan
(silaturrahim).”
(Hadits iwayat Bukhari)