Ahad, 17 Julai 2011

SALASILAH GURU UTAMA SALASILAH SANAD ILMU AMALAN GURU UTAMA



ZUBAIDILLAH BIN SULAIMAN 


Nama :  Guru: Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman
Umur  : 48 Tahun
Alamat Rumah: No. 25, Jejak Ulung Chalet, Kedai Z, Belakang Balai Polis Kg.
Baharu, Kg. Baharu, Ayer Tawar, Lumut, 32400 Perak.

Pekerjaan: Pensyarah IPGM
Lama Dalam Perguruan: Pengasas Perguruan Pencak Silat Sri Gayong Panglima
Ulung./ Lebih 31 Tahun bersama perguruan ini.
Pernah Terima Sebarang Penganugerahan: Ya / Tidak
Status Perkahwinan: Berkahwin
Jumlah Anak : 7 orang.


Sejarah dan Jasa Tokoh Guru Didalam Pertubuhan
Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman di lahirkan di Terengganu, merupakan salah seorang zuriat para Guru Silat
dahulukala. Bapanya, Datuknya semuanya Tok Guru Silat. Ibunya Allahyarhamah Rokiah bt Jaafar juga
merupakan pendekar. Keluarga Bapa dan Ibunya mewarisi ilmu daripada Tok Janggut , Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan (Pejuang Kemerdekaan). Nenekandanya Mek Kechik bt Wonik mewarisi ilmu Persilatan Puteri
SaadongCik Siti Wan Kembang dan Keilmuan Laksamana HangTuah, Panglima Melaka dari Guru Awang
Senik Pendekar Dollah. Datuk sebelah ibunya juga Tok Guru Silat yang menyebar ilmu silat di Bukit Bading,
Bukit Diman, Kuala Berang, Kuala Terengganu, di kenali sebagai Tengku Putera berasal keturunan
Kesultanan Melayu Pattani, Selatan Thailand. Setelah Pendekar-pendekar angkatannya tewas kepada Siam,
terus berhijrah ke Terengganu.
            Berkahwin dengan Hairani bt Haris, zuriat (piut) kepada Panglima
Mamat Che Tambah, Panglima Bugis, yang terlibat dengan Perang Saudara Klang, Selangor menyebelahi
Raja Mahadi. Setelah Tengku Kudin mendapat bantuan ketenteraan British, Panglima Mamat dan Nakhoda
Taib Andak memasuki Sungai Dinding dan Membuka Perkampungan, Kg Baharu, Ayer Tawar, Lumut,
Perak. Nakhoda Taib Andak pula ke Segari dan diberi hak mengutip cukai di perairan pelabuhan Manjung-
Segari dan Lumut. Panglima Mamat dan Nakhoda Taib Andak telah berkhidmat kepada Baginda Sultan
Perak, telah Berjaya menghalau lanun-lanun disekitar Sungai Dinding, Perak. Ramai penduduk Kg. Baharu,
Telaga Nenas, Pulau Pangkor dan Segari merupakan zuriat dan keluarga mereka berdua dan ahli-ahli
 rombongan pelayaran kapal mereka.
            Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman Berjaya menggabungkan ilmu persilatan
dari sebelah keluarganya dan sebelah keluarga isterinya lalu mengembangkan khazanah ilmu persilatan yang
dikenali “ Perguruan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung” yang baru didaftar dengan Pesuruhjaya Sukan
pada tahun 2010. Walaupun perguruan ini baru didaftarkan secara berpersatuan dengan Pesuruhjaya Sukan,
beliau telah menyebarkan ilmu persilatan dalam kehidupannya lebih daripada 30 tahun yang lalu. Kini
murid-murid silatnya berada di seluruh Malaysia, di Perak, Selangor,Terengganu, Perlis, Pahang,Kelantan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Johor dan lain-lain lagi. Semasa beliau belajar di Universiti 
Kebangsaan Malaysia, beliau telah diminta oleh Unit Kebudayaan mengajar Seni Silat dan dibayar elaun pada
usia muda, iaitu 20 tahun bersama-sama arwah Cikgu Anuar Wahab ( Guru Utama Persatuan Seni Silat
Gayong Fatani). Beliau pernah menjadi AJK Persatuan Seni Silat Negeri Terengganu (PERSILAT) yang juga
sebagai PESAKA Negeri Terengganu sebelum berhijrah dan menyebar ilmu silat di Negeri Perak. Beliau kini
bergiat cergas mengembangkan silat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah, di Daerah
Manjung, Perak.Kini beliau dilantik sebagai Exco PESAKA PERAK (baru) sebagai Naib Yang Dipertua 2.
Seterusnya beliau dilantik sebagai pensyarah di IPGM bagi memperkembangkan ilmu silatnya kepada para
Guru Pelatih, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga mempunyai sijil dan pernah bertugas sebagai wasit dan Juri Pencak Silat di Kementerian Pelajaran Malaysia. Pernah menjadi Pengurus Pasukan Jabatan 
 Pelajaran Negeri Terengganu dan Negeri Perak ke peringkat Kebangsaan.
            Jejak Ulung Chalet, merupakan rumah perguruan Persatuan Pencak Silat
Sri Gayong Panglima Ulung yang dibina dengan modalnya sendiri di Kampong Baharu, Ayer Tawar, Lumut,
Perak, merupakan lokasi strategik untuk membangunkan perguruan ini. Mengumpulkan anak-anak tempatan,
bahkan menjadikan Jejak Ulung Chalet sebagai tempat berkursus kem pencak silat, tempat penilaian
kenaikan bengkung tahunan perguruan, tempat semua murid ( ahli-ahli Persatuan Pencak Silat Sri Gayong
Panglima Ulung) di seluruh Malaysia berkumpul, berhimpun dan belajar secara “pondok moden bermusim”
mampu membantu pihak kerajaan mendidik para remaja dan menentukan hala tuju strategik warganegara
secara sihat dan berwawasan.  



Nama Pertubuhan: Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung
No. Pendaftaran ( Pesuruhjaya Sukan):             3572/2010      
Tarikh didaftarkan: 11 hb. Mac 2010
Alamat Pertubuhan:  Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung, Jejak
Ulung Chalet, Kedai Z, Belakang Balai Polis Kg. Baharu, Kg. Baharu, Ayer Tawar,
Lumut, 32400 Perak.
No. Tel. Perguruan:  012-596 5919  (Guru Utama)./ email: jujur_baik@yahoo.com.

SALASILAH NAQSYABANDIYAH AL KHOLIDIYAH CHANGLON KEDAH

INILAH SALASILAH TARIQAT NAQSYABANDIYAH AL-KHOLIDIYAH YANG BERKEMBANG DARI JABAL QUBAIS KE BABUSSALAM TANJUNG PURA (LANGKAT), SUMATERA UTARA INDONESIA HINGGA KE MALAYSIA.

 
 
Salasilah Tariqat Naqsyabandiyah ini, diturunkan Allah Subhanahuwa taala dengan Perantaraan Jibril Alaihissalam Kepada:
1 -Saidul Mursalin Saidina Muhammad S.A.W


2 -Saidina Abu Bakar as-Siddiq


3 -Sheikh Salman Farisi


4 -Sheikh Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq


5- Sheikh Jaafar Siddiq


6 -Sheikh Abu Yazid Thoifur Bistami


7 -Sheikh Abu Hassan Khorqoni


8- Sheikh Abi Ali Farmidi


9- Sheikh Abu Yaqub Yusuf Hamadani


10 -Sheikh Abdul Khalik Ghujdawani


11- Sheikh Arif Riyukuri


12 -Sheikh Mahmud al Anjari Faghnawi.


13 -Sheikh Azizan Ali Ramaitani


14- Sheikh Muhammad Babus Samasi


15 -Sheikh Sayyid Amir Kullaal


16 -Sheikh Bahaudin Shah Naqsyabandi


17- Sheikh Muhammad Alauddin Attori


18- Sheikh Yaakub al Charkhi


19- Sheikh Nashiruddin Ubaidullah al Ahrar


20- Sheikh Muhammad az Zahid


21- Sheikh Darwis Muhammad


22- Sheikh Muhammad Khawajaki al-Kharkani


23- Sheikh Muhammad Baqi Billah


24- Sheikh Mujaddid Alaf-thani Ahmad al Faruqi as-Sirhindi


25- Sheikh Muhammad Maksum


26- Sheikh Syaifuddin


27- Sheikh Nur Muhammad al Badawani


28- Sheikh Mirza Mazhar Shamsudin Habibullah Jaanijanaani


29- Sheikh Shah Ghulam Ali Abdullah Dahlawi


30- Sheikh Dhiyaa’uddien Khalid Kurdi


31- Sheikh Abdullah Effendi


32- Sheikh Sulaiman Kurumi


33- Sheikh Sulaiman Zauhudi Jabal Qubais


34- Sheikh Abdul Wahab Rokan Babussalam Langkat Sumatra


35- Sheikh Hj.Hassan Rembah


36- Sheikh Hj.Senawi Kedah


37- Sheikh Hj.Adam Perlis Hj.Hassan Rembah


38- Sheikh Hj.Ahmad Ibrahim


Mursyid:
Tuan Guru Sheikh Hj.Ahmad Ibrahim

Surau dan Tempat Suluk:
Surau Naqsyabandiah Al-Kholidiyah,
Kg. Baru Bukit Kecil,
06010 Changlon,
Kedah Darul Aman.

Majlis tawajuh - 
-Isnin mlm selasa dan khamis mlm jumaat lepas isyak
-Setiap minggu

Majlis suluk - 
-sepanjang bulan Ramadan, hari-hari biasa megikut permintaan ahli 
dan jumlah ahli minimum 6 ahli.

Sebarang pertanyaan - Amin Al-khalidiy : Tel 019-5559020






Jumaat, 15 Julai 2011

Doa bahasa Arab

Bismillahirrahmanirrahim
Sebagai orang mukmin, kita sangat digalakkan agar berdoa. Nabi SAW berpesan yang bermaksud: Senjata orang mukmin adalah doa. Sebaik-baik doa adalah yang diucapkan dengan ikhlas. Sekiranya mampu hendaklah pula dengan menggunakan bahasa Arab kerana kemuliaan bahasa itu. Bahasa Arab adalah bahasa yang dituturkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Bahasa Arab juga bahasa Ahli syurga.
Apabila berdoa menggunakan bahasa Arab, hendaklah seboleh-bolehnya mengetahui asas-asas bahasa itu. Tidak boleh ikut suka hati sahaja. Satu keistimewaan bahasa Arab adalah, kalau pendengarnya adalah seorang yang sangat peka tentang bahasa itu, ia boleh mendatangkan ketidaksenangan di hati apabila mereka mendengar suatu kesalahan. Semacam ada gangguan apabila mendengar bahasa Arab yang disebut secara membuta tuli dan secara sambil lewa sahaja.
Kalau ia (bahasa Arab) dikaitkan dengan al-Quran, maka lebih dahsyat. Sebab itulah sebelum membaca al-Quran seseorang perlu belajar tajwid. Kalau anda perhatikan, guru al-Quran sangat sensitif (garang dan marah) apabila mendengar muridnya tidak lancar atau tidak fasih membaca al-Quran. Setiap sebutan ayat-ayat al-Quran mesti dituturkan sebetulnya. Kalau boleh sefasih sebutan Arab.
Hal ini kerana, kesilapan dalam menggunakan bahasa Arab boleh mengubah maksud ayat al-Quran atau maknanya. Samada kesilapan pada baris, panjang pendek (mad) apatah lagi kesilapan makhraj (tempat atau cara sebutan) huruf. Kesilapan-kesilapan ini hanya boleh diperbetulkan dengan cara belajar. Bukan semata-mata dengar kemudian mengikuti (taklid).
Doa dua ibubapa
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa seorang diri
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa)kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanyamendidik kami pada waktu kecil.
3. Anda menjadi imam orang lain.
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) keduaibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.
Sekiranya anda perhatikan maksud doa dalam kedua-dua situasi terakhir itu nampak macam sama sahaja. Tetapi sebutannya dalam bahasa Arab cukup berbeza. Perkataan walidaina memberi maksud dua orang ibu bapa kami. Ibu bapa yang dimaksudkan adalah orang yang sama kerana mereka berdua juga ibu dan bapa adik beradik anda. Cuma perkataan walidina bermaksud kedua ibubapa-ibubapa kami kerana kedua ibu bapa anda bukannya kedua ibu bapa isteri dan anak-anak anda. Begitu juga mereka bukannya kedua ibu bapa semua makmum anda. Jadi sejumlah ibubapa-ibubapa itulah yang membezakannya.
Ikut perkataan al-Quran
Ada pendapat mengatakan doa ibubapa ini dipetik daripada ayat al-Quran (surah al-Isra’ ayat 24). Maka ikut sahajalah perkataan al-Quran. Itu bagus dan tepat sekali. Cuma kalau ikut perkataan al-Quran kita tak boleh ubah ayatnya. Mesti naqal (nukil) satu persatu. Maka anda perlu memetik potongan keseluruhan ayat tersebut iaitu:
Cuma sekiranya anda perhatikan lagi, dalam ayat berkenaan tidak ada perkataan “ampunkan dosa”. Maka anda tidak perlu menambah perkataan “ighfir zunub”. Ayat al-Quran tidak boleh disebut secara sesuka hati, ditambah dibuang di mana suka sahaja. Pelajarilah bahasa Arab. Jangan sakiti telinga mereka yang tahu sedikit sebanyak tentang bahasa Arab (apatah lagi mereka yang mahir seperti guru-guru al-Quran) apabila mendengar doa-doa dibacakan.
Sekian, wallahu aklam.

Rabu, 13 Julai 2011

Pandangan Al - syafi'i tentang melafazkan Niat

Al-Syafi’i rahimahullah memang terkenal sebagai seorang imam yang teguh dalam berpegang kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh sebab itu beliau telah diberi gelaran al-Nashir al-Sunnah (pembela sunnah). Ahmad bin Hanbal rahimahullah yang juga anak murid al-Syafi’i pernah berkata: “Sungguh al-Syafi`irahimahullah adalah seorang pembela sunnah.” Menurut Ahmad lagi: “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih mengikut sunnah seperti al-Syafi`i rahimahullah.” Ahmad seterusnya berkata: “Di antara kesungguhan al-Syafi`i rahimahullah yang terpuji adalah apabila dia mendengar hadis yang belum ada padanya, maka dia mengambilnya dan meninggalkan pendapatnya.”[1]
Dengan semangat beliau yang tinggi dalam mencontohi Rasulullahshalallahu 'alaihi wasallam maka tidak aneh sekiranya pandangan beliau tentang apa yang perlu diucapkan ketika hendak memulai solat adalah selari dengan sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata al-Syafi’i rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm: “Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dengan takbir itu sendiri dantakbirnya ialah Allahu Akbar.”[2] Menurut Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli: “Adapun orang yang berkata sunat berlafaz (niat) sebelum takbir, maka perkataannya menyalahi perkataan al-Syafi’i sendiri.”[3]
Kekeliruan Tentang Pendapat Imam Al-Syafi’i Mewajibkan Lafaz Niat
Pendapat bahawa al-Syafi’i rahimahullah telah mewajibkan melafaz niat sebelum solat berpunca dari kekeliruan Abu Abdulah al-Zubairirahimahullah (seorang tokoh bermazhab Syafi’i) dalam memahami kata-kata al-Syafi’i yang berbunyi: “Jika kamu berniat untuk haji dan umrah dianggap memadai sekalipun tidak dilafazkan, tidak seperti solat, tidak dianggap sah kecuali dengan al-Nuthq.” Bagi al-Zubairi al-Nuthq di sini bermaksud dilafazkan niat. Namun begitu maksud al-Nuthq yang sebenar adalah takbiratul ihram iaitu solat itu dimulakan dengan melafazkan takbir. Menurut al-Nawawirahimahulah:
Berkata para sahabat kami: “Telah berlaku kekeliruan oleh orang yang menyatakannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh al-Syafi’i dengan kata al-Nuthq di dalam solat. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan al-Nuthq oleh beliau (al-Syafi’i) adalah takbir.”[4]
Ibn Abi al-‘Izz rahimahullah pula berkata:
Tidak ada seorang ulama’ pun dari imam empat, tidak al-Syafi’i mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati. Hanya sahaja sebahagian ulama’ kebelakangan mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam solat. Dan pendapat ini digolongkan sebagai mazhab al-Syafi’i. Al-Nawawi rahimahullahberkata: “Itu tidak benar.[5]
Rujukan:
[10]  Dinukil daripada kitab Manhaj Aqidah Asy-Syafi’i Rahimahullah Ta’ala oleh Muhammad A.W. al-‘Aqil (edisi terjemahan oleh H. Nabhani Idris, Pustaka asy-Syafi’i, Bogor, 2002), ms. 80.
[11]  al-Syafi’i, al-Umm (Kitab Induk) (edisi terjemahan oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1989), jld.1, ms. 241.
[12]  Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli, Persoalan Yang Berkehendak Kepada Melaksanakan Untuk Mengatasi dan Mengubah Adat-Adat Yang Berlaku Dalam Masyarakat Dengan Sangkaan Ibadat, (Makkah al-Mukarramah 1423H), ms. 16.
[13] Dinukil daripada kitab Abu Ubaidah Mashur bin Hasan bin Mahmud bin Salaman, Koreksi Total Ritual Shalat (edisi terjemahan oleh W. Djunaeidi S, Pustaka Azzam, Jakarta, 2001) ms. 100.
[14] Dinukil daripada Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 100.

Pengertian Solat / keutamaan Solat

Pengertian Solat
Secara etimologi, solat bererti doa seperti difirmankan Allah :
“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan Berdoalah untuk mereka. Kerana sesunggunya doa kalian itu menjadikan ketentraman bagi jiwa mereka”. ( At-Taubah : 103).
Sedangkan menurut syara’ solat adalah menyembah Allah Ta’ala dengan beberapa perkataan dan perbuatan yang diawali dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, dan wajib melakukannya pada waktu-waktu yang telah ditentukan. Rasulullah SAW bersabda : “Islam ditegakkan dia atas lima dasar, syahadah (menyaksikan) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan haji ke Baitullah bagi yang mampu menunaikannya.” (HR. Bukhari ).
Keutamaan Solat
Sesungguhnya Solat yang diperintahkan Allah Ta’ala memiliki banyak sekali keutamaan, diantaranya adalah :
1. Solat merupakan sarana khusus pertemuan hamba dengan Sang Khaliq.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, Tidak ada Tuhan (yang haq) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah untuk mengingatku”. (Thaahaa : 14).
Sabda Rasulullah SAW : “ Solat adalah mi’rajnya seorang mukmin”(al-Hadits)
2. Solat menjadi sarana pencarian atas problem kehidupan. Firman  Allah SWT :
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah solat dan sabar sebagaipenolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah : 153)
3. Membina Kedisiplinan
Firman Allah :
“Sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya bagi orang-orang beriman.” (An Nisa : 103)
4. Menjaga Kebersihan dan Kesihatan
Rasulullah SAW bersabda : “Perumpamaan solat lima waktu seperti sebuah sungai dekat pintu rumah seseorang yang airnya mengalir dan melimpah, dan ia mandi di sungai itu lima kali setiap harinya, maka tidaklah kamu melihat lagi kotorannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
5. Mendapat Keunggulan Mental
Firman Allah SWT :
“ (Iaitu) Orang – orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” ( Ar Ra’d : 28)
6. Mempermudah Rezeki Berkat
Firman Allah SWT :
“… Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan jalan keluar, dan memberi rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” ( Ath-Thalaq :2-3).
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman : “Wahai Anak Adam ! Beribadahlah sepenuhnya kepadaKu, nescaya Aku penuhi (hatimu yang ada ) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi kebutuhanmu. Jika tidak kalian lakukan, nescaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi kebutuhanmu.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim).
7. Bukti Rasa Syukur
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.” (Al Kautsar : 1-3).
Sabda Rasulullah SAW : “Dari Aisyah ra, ia berkata, “Sesungguhnya Nabi SAW selalu bangun untuk mengerjakan solat malam hingga kedua kakinya bengkak.” Aisyah ra bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau berbuat demikian sedangkan Allah telah mengampuni semua dosamu, baik yang telah lampau mahupun yang akan datang ?” Beliau menjawab, “Apakah tidak sepantasnya jika aku menjadi seorang hamba yang selalu bersyukur ?”(HR.Bukhari dan Muslim).

PENGERTIAN SOLAT


Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman:“ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”
Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”

Selasa, 12 Julai 2011

Tekun Usaha Tangga Kejayaan


 “Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim.Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”,begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.
Dalam Islam , kita dapati banyak ayat Al Quran dan  hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai  kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Usaha dan amalanlahyang menjadi perkara yang  dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :
 Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .” 
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .
Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam satu hadis yang pencari kayu api lebih baik dan lebih mulia daripada peminta sedekah .Baginda juga mengatakan dalam hadis yang lain , orang yang berusaha untuk menyara diri dan keluarganya seperti orang yang berjuang di jalan Allah .
Dalam menentukan usaha yng dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan , beberapa perkara perlu diperhati dan dilaksanakan .Antaranya :
A. Doa
Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang ,tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam , doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita , ada doa-doa yang tertentu. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Doa itu merupakan ibu segala ibadat” , “ Doa itu senjata orang yang beriman” , “ Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa”
Berdoa juga merupakan symbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada yang Maha Kuasa.
B. Tidak Mudah Berputus Asa
Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya mencapai kejayaan yang diingini.Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka,namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya berjaya sepertimana yang berlaku kepada adik beradik Albur dan Wilbur dalam usaha mereka mencipta kapal terbang.
Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “ Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”
C. Istiqamah
Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatau usaha ialah istiqamah . Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting bagi sesuatu kejayaan .Sebab itu Allah telah memerintahkan  RasulNya agar  beristiqamah dalam  menyampaikan dakwah .sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “ Maka serulah ( mereka kepada agama Allah ) dan tetaplah ( Istiqamah ) sebagaimana yang  diperintahkan kepadamu”
D. Tawakal
Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar.Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa .
Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadukan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran diamping menjadikannya lebih tabah dan kental.
Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “ Hendakalah  kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman” , Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya.
E. Ihsan
Ihsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya , sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan  Allah.Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen”satu sikap yang membawa maksud yang hamper sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.
F. Sabar
Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendapat kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.Dalam Alquran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar , antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “ Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka” . Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “ sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “ Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengannya akan mendapat kejayaan.
G. Tidak bertangguh/ Menjaga masa
Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa , tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas . Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang untuk perkara –perkara yang terbaik
Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “ Demi masa , sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh , dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “
H. Menjaga kesihatan
Kesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikaldan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “ Akal yang cerdas datangnya daripada  badan yang sihat.Ibadat dalam  Islam seperti solat , puasa ,haji merupakan satu bentuk riadah untuk menyihatkan jasmani dan rohani.
Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidaka akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk sampai kepada kejayaan yang diinginkan.